JOHOR BAHRU: Agenda perumahan rakyat akan terus diperkasa menerusi Belanjawan Johor 2027 dengan peruntukan melebihi RM300 juta dijangka disediakan bagi meneruskan pelbagai inisiatif bantuan, pembinaan rumah mampu milik dan penyelenggaraan perumahan awam.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, berkata antara inisiatif yang akan diteruskan ialah Bantuan Perumahan Kasih Johor, rumah percuma Bangsa Johor, insentif sewa rumah serta pembinaan rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah.
Beliau berkata, peruntukan bagi Bantuan Perumahan Kasih Johor sahaja dijangka melebihi RM100 juta bagi membantu rakyat yang memerlukan sokongan kewangan untuk memiliki atau menyewa kediaman.









