Beberapa inisiatif untuk memperkasa ekonomi Bumiputera diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim termasuk dana Teraju sehingga RM1 bilion dan menaikkan pembiayaan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad kepada RM500 juta. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Beberapa inisiatif untuk memperkasakan ekonomi Bumiputera seperti diumumkan dalam Belanjawan 2027 perlu disusuli dengan penyelarasan akses lebih berkesan bagi memastikan usahawan tidak terlepas dan tercicir daripada peluang serta kemudahan disediakan.

Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Azamanizam Baharon, berkata ia kerana isu kesukaran mendapatkan akses kepada pembiayaan, peluang kontrak dan kemudahan bagi usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Bumiputera masih berbangkit meskipun tiga kitaran belanjawan telah berlalu.