Pelakon baharu, Zaid Erakad, 28, tidak melihat kemunculan ramai bakat baharu dalam industri hiburan sebagai persaingan sengit, malah menganggap ia perkembangan positif yang perlu diraikan. Zaid yang pernah menyertai pertandingan Hero Remaja 2021 berkata, dia lebih selesa melihat perjalanan kerjaya rakan-rakan seperti Amir Ahnaf dan Mierul Aiman yang pernah bersamanya dalam pertandingan berkenaan berbanding menganggap mereka sebagai pesaing.
Menurutnya, setiap pelakon mempunyai perjalanan dan rezeki berbeza dalam industri, justeru dia tidak mahu terlalu memikirkan tentang siapa lebih cepat mencipta nama atau mendapat lebih banyak tawaran.
“Elok saya tengok pesaing kawan-kawan saya. Mereka sudah tahap hero. Tapi saya tak rasa bersaing pun dengan mereka, kami pun masih berhubung antara satu sama lain dan lepak macam biasa.








