Perbelanjaan tambahan dijangka tertumpu kepada barangan keperluan, F&B pada harga berpatutan serta peruncitan berorientasikan nilai, beri manfaat kepada peruncit seperti MR DIY, menurut CIMB Securities.KUALA LUMPUR: Langkah pelepasan cukai pendapatan individu dalam Belanjawan 2027 berpotensi memberikan penjimatan bayaran cukai tahunan sehingga RM1,600 kepada kira-kira lima juta pembayar, sekali gus menyokong perbelanjaan golongan berpendapatan sederhana, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.

Menurutnya, belanjawan itu menawarkan pelepasan cukai pendapatan individu yang lebih tinggi berbanding jangkaan, dengan meningkatkan pelepasan cukai individu asas daripada RM9,000 kepada RM12,000 serta mengurangkan kadar cukai sebanyak satu mata peratusan bagi pendapatan bercukai antara RM70,001 hingga RM150,000.