BEIRUT: Tentera Israel melancarkan semula serangan udara dan bedilan artileri di beberapa bandar di selatan Lubnan pada Ahad.

Tindakan itu menandakan pelanggaran terbaharu terhadap perjanjian rangka kerja tajaan Amerika Syarikat (AS) yang ditandatangani pada Jun, lapor Anadolu Ajansi, memetik agensi berita rasmi negara itu.

Pesawat perang Israel mengebom bandar Kfar Tebnit di daerah Nabatieh, menurut Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).

Di daerah Tyre, pesawat perang Israel menyerang bandar Mansouri manakala bedilan artileri menyasarkan Majdal Zoun, lapor agensi itu.