Kumpulan Houthi pada Khamis mengumumkan mereka menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid dengan misil balistik. (Gambar EPA Images)ISTANBUL: Kebakaran tercetus di Terminal 4 Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh pada Ahad selepas terkena projektil tidak dikenal pasti, lapor Anadolu Ajansi memetik pakatan diketuai Arab Saudi.

Pakatan itu dalam kenyataan memaklumkan pihak berkuasa berkaitan sedang menangani kebakaran berkenaan, tanpa memberikan butiran tahap kerosakan atau terdapat sebarang korban.

Dalam kenyataan susulan, pakatan itu mengumumkan sistem pertahanan udaranya berjaya memintas dan memusnahkan sebuah misil krus berhampiran lapangan terbang berkenaan.

Bagaimanapun, pakatan itu tidak menjelaskan sama ada misil dipintas mempunyai kaitan dengan projektil terkena terminal terbabit atau mengenal pasti pihak bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan.