ISTANBUL: Kebakaran tercetus di Terminal Empat, Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh, Arab Saudi, semalam, selepas terkena projektil tidak dikenal pasti, lapor Anadolu Ajansi memetik pakatan diketuai Arab Saudi.
Pakatan itu dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihak berkuasa berkaitan sedang menangani kebakaran berkenaan, namun tidak memberikan butiran mengenai tahap kerosakan ataupun sama ada terdapat sebarang korban, setakat ini.
Dalam satu kenyataan susulan pula, pakatan itu mengumumkan sistem pertahanan udara berjaya memintas dan memusnahkan sebuah misil krus berhampiran lapangan terbang berkenaan.
Bagaimanapun, pakatan terbabit tidak menjelaskan sama ada misil yang dipintas itu ada kaitan dengan projektil yang mengenai terminal terbabit atau mengenal pasti pihak bertanggungjawab atas serangan itu.







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F08%2F911dbbceb6e35cee8f5a4b6235aa62ad.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
