KUALA LUMPUR: Kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut, manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Jalan Kuching dari arah pusat bandar menghala ke Segambut di sini.

Dalam kejadian jam 3.44 petang Sabtu, kanak-kanak malang yang berada di tempat duduk penumpang belakang kereta Perodua Bezza itu disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala ketika dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata, kemalangan berkenaan membabitkan lima kereta dan sebuah motosikal yang berlaku ketika aliran trafik sedang bergerak perlahan.

"Siasatan awal mendapati kereta Perodua Bezza dipandu bapa mangsa berusia 30 tahun dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta model BYD Seal.