KUALA LUMPUR: Malaysia perlu mempertimbang mekanisme penguatkuasaan yang membolehkan pembayaran nafkah dibuat secara automatik selepas perintah mahkamah dikeluarkan.
Antara boleh dipertimbangkan termasuk mewujudkan satu badan atau mekanisme khusus yang mengambil alih urusan kutipan nafkah, termasuk melalui potongan gaji bagi bekas suami yang mempunyai pendapatan tetap.
Ketua Hakim Syarie Selangor, Nenney Shuhaidah Shamsuddin berkata mekanisme sebegitu penting supaya bekas isteri tidak perlu terus menanggung beban termasuk berulang kali turun naik mahkamah demi mendapatkan bayaran yang sudah pun diperintahkan mahkamah.
"Kalau potong gaji pun boleh, tetapi bagi yang tidak bekerja atau yang bekerja sendiri pula bagaimana... kita boleh fikirkan mekanisme dengan agensi seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mereka yang bekerja sendiri.








