Kuala Lumpur : Pelakon, Emma Maembong, 34, diumumkan sebagai Pemenang Kebangsaan bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik (National Winner - Best Actress in a Leading Role) menerusi naskhah Seadanya Kita di Anugerah Kreatif Akademi Asia (AACA) 2026.

Khabar gembira itu dikongsikan menerusi hantaran rasmi di Instagram AACA, semalam.

Menerusi hantaran itu, kemenangan berkenaan sekali gus melayakkan Emma untuk membawa nama Malaysia ke peringkat Grand Gala Akhir AACA yang dijadualkan berlangsung pada 3 Disember depan.

Selain Emma, terdapat beberapa pelakon dari negara lain yang turut memenangi kategori yang sama iaitu Tasma Walton (Australia), Liu Haocun (Chinese Mainland), Charmaine Sheh (Hong Kong Sar), Sobhita Dhulipala (India), Anggun (Indonesia) dan Non (Japan).