Tokyo: Tindakan dua jururawat memuat naik video pesakit terlantar bersama ayat 'Rumah neraka' dan 'Kerja ini teruk' membawa padah selepas hantaran media sosial itu dikesan pengurusan hospital dan kedua-duanya dipecat.
Memetik Japan Today, jururawat wanita di hospital di Matsudo, Wilayah Chiba, Jepun itu diberhentikan selepas merakam video pesakit berkenaan dan bahagian dalam hospital tanpa kebenaran serta dikongsi di media sosial.
Seorang lagi jururawat wanita yang melihat kandungan itu pula diberi amaran tegas.
Hospital Besar Chiba Nishi yang dikendalikan Kumpulan Perubatan Tokushukai mengumumkan tindakan disiplin itu pada Sabtu.









