Raub: Dua warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, bagi menghadapi pertuduhan bersama menyebabkan kecederaan kepada seorang anggota polis, bulan lalu.
Bagaimanapun, pertuduhan terhadap kedua-dua lelaki berumur 26 dan 30 tahun itu tidak dibacakan kerana mereka tidak memahami bahasa Melayu.
Pada prosiding itu, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wong Zhi Qian dan Hardave Singh Baldeb Singh, yang mencadangkan tiada jaminan ditawarkan kerana kedua-dua warga asing itu tidak mempunyai dokumen sah untuk tinggal di Malaysia.
Hakim Siti Hajar Mustaffa kemudian menetapkan 14 Oktober ini untuk sebutan kes bagi membolehkan jurubahasa Myanmar hadir ke mahkamah.
Mahkamah turut tidak membenarkan jaminan terhadap kedua-dua lelaki berkenaan.






