KAJANG – Enam kenderaan terjejas selepas tembok penahan tanah dianggarkan setinggi lima meter runtuh di Jalan Nilam di sini, kira-kira pukul 5 petang tadi.

Kejadian itu melibatkan tiga buah kereta iaitu Proton Saga, Proton Satria dan Proton Wira serta tiga motosikal jenis Yamaha Nouvo, Honda Wave dan Yamaha Lagenda.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila tembok penahan berkenaan gagal menahan pergerakan tanah susulan hujan lebat yang melanda sejak pukul 3 petang.

“Runtuhan tanah tersebut menghempap kenderaan yang diletakkan berhampiran lokasi kejadian.