Riyadh: Cristiano Ronaldo meneruskan sentuhan berbisa apabila membantu Al-Nassr menewaskan wakil Uzbekistan, Neftchi, 3-1 dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), meskipun perlawanan tertangguh kira-kira sejam akibat amaran keselamatan, awal pagi tadi.
Sepak mula di Riyadh terpaksa ditangguhkan selepas pihak Pertahanan Awam Arab Saudi mengeluarkan amaran keselamatan 15 minit sebelum perlawanan dijadualkan bermula.
Situasi itu berlaku ketika Arab Saudi berdepan ancaman peluru berpandu yang dilancarkan kumpulan Houthi berpangkalan di Yaman sejak beberapa hari kebelakangan ini.
Bagaimanapun, gangguan berkenaan tidak menjejaskan rentak Al-Nassr apabila Angelo membuka tirai jaringan pada minit ke-33 menerusi rembatan yang terkena pemain lawan sebelum bola menerjah gawang.









