KUALA LUMPUR: Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) meminta pelepasan cukai kos pengambilan haiwan angkat dari pusat perlindungan haiwan berdaftar diperluas kepada bayaran pemandulan dan vaksinasi haiwan jalanan.
Presiden, Kalaivanan Ravichandran, berkata ini kerana usaha mengawal populasi haiwan jalanan menerusi pemandulan, vaksinasi dan rawatan secara terancang kini menjadi keperluan amat mendesak.
Beliau berkata, bagaimanapun pelepasan cukai diumumkan dalam Belanjawan 2027 itu tidak termasuk program pemandulan dan vaksinasi.
Katanya, pelepasan cukai itu hanya dapat membantu pembayar cukai yang layak untuk mengambil dan menjaga haiwan peliharaan, namun bukan untuk mengawal haiwan terbiar ini.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F1312412312312_526005.png&w=480&output=webp&q=85&we)
