KUALA LUMPUR – Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) maut selepas dipercayai hilang kawalan sebelum tercampak kira-kira lima meter dari jejambat dan menimpa seorang penunggang motosikal lain di Jalan Lingkaran Tengah 2 berhampiran Terminal Bersepadu Selatan (TBS), pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.04 pagi itu, mangsa, Lans Koperal Anderson Jerrey Hendry, 24, sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Bukit Jalil menuju ke tempat kerja di Kem Sungai Besi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, ketika melalui susur jejambat berhampiran TBS untuk membuat pusingan U, motos