Kuala Lumpur: Harimau Malaya bakal mengharungi dua aksi persahabatan antarabangsa menentang China dan Yemen pada November ini di Guangzhou, China.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan skuad kebangsaan akan berdepan China pada 14 November sebelum menentang Yemen tiga hari kemudian, iaitu pada 17 November, susulan perubahan jadual yang dimaklumkan Persatuan Bola Sepak China (CFA).
"Perlawanan ini merupakan sebahagian daripada persiapan skuad kebangsaan dalam usaha mendapatkan pendedahan kompetitif di peringkat antarabangsa serta memperkukuh persediaan pasukan bagi menghadapi cabaran akan datang," menurut kenyataan itu.
Berdasarkan ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) terkini, China menghuni tangga ke-96 dunia, Yemen di kedudukan ke-144, manakala Malaysia berada di ranking ke-133.









