JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial memaparkan seorang isteri menyerbu suaminya yang sedang asyik berdua-duaan dengan wanita lain, lapor laman berita Akurat.co.

Kedua-dua mereka dikatakan menjalin hubungan cinta agak lama secara dalam talian sebelum akhirnya bertemu secara bersemuka.

Menurut maklumat yang dikumpul, wanita yang datang menyergah itu merupakan isteri ketiga lelaki berkenaan.

Lelaki itu diketahui telah bercerai dengan isteri pertamanya, manakala isteri keduanya meninggal dunia.