am@hmetro.com.my

Johor Bahru: Penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan menyalahgunakan wang lebih RM2,000 milik seorang pelanggan syarikat pengurup wang pada Mac lalu.

Tertuduh, C Narendran, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret A Shaarmini.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan wang berjumlah RM2,783.90 milik seorang pelanggan perempuan berusia 32 tahun.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah premis pengurup wang di Jalan Dedap 13, Taman Johor Jaya, di sini, pada 1.17 tengah hari 9 Mac lalu.