Pada minggu lalu, dunia seni tempatan dilihat meraikan 'saat-saat manis' menerusi beberapa acara utama, antaranya peruntukan lebih RM130 juta buat industri dalam pembentangan Belanjawan 2027 pada 9 Oktober lalu.
Pada keesokannya iaitu 10 Oktober pula, sudah tentu kemeriahan perkahwinan pasangan popular, Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (BASS) di Menara Merdeka Maybank, Kuala Lumpur yang ditunggu ramai.
Dalam pembentangan Belanjawan 2027 itu, pengumuman dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat bertujuan memperkasa sektor perfileman, muzik dan kandungan kreatif.
Memang boleh dikatakan industri hiburan ketika ini menerusi filem, penganjuran konsert termasuk pementasan teater didapati menjana ekonomi negara dengan jumlah pendapatan besar di atas sambutan positif ramai.






