Minat terhadap pesawat sejak kecil mendorong penuntut Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Aeroangkasa Universiti Putra Malaysia (UPM), Alimin Zakhraf Yuslaimi, 20, meneroka bidang kejuruteraan aeroangkasa.

Kemuncak hasil minatnya itu yang terkini adalah berjaya dengan pasukannya, fabrikasi Putra Space Club UPM apabila meraih tempat ketiga keseluruhan dalam TEKNOFEST Turkiye Rocket Competition 2026 pada September lalu.

Alimin Zakhraf, anak bongsu daripada lima beradik dari Subang, Selangor itu berkata dia dan pasukannya menyertai pertandingan berkenaan menerusi projek roket Cygnus-1 dalam kategori A4 Antarabangsa.

"Sejak kecil, saya akui selalu ada sifat ingin tahu yang tinggi. Lebih terperinci, saya amat berminat dengan pesawat.