JOHOR BAHRU: Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Xisco Munoz meluahkan perasaan gembira selepas misi tiga mata yang disasar menjadi kenyataan apabila menewaskan kelab dari Korea Selatan, Pohang Steeler 2-0 pada aksi Zon Timur Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Pohang Steel Yard, di Pohang, Korea Selatan, semalam.
Menurutnya, faktor kemenangan ke atas skuad kendalian Park Tae Ha itu kerana setiap pemain yang diturunkan memahami bagaimana untuk mengimbangi pendekatan taktikal lawan dan tahu menangkis gerakan mereka.
"Gaya permainan kami jelas iaitu kerap memberi tekanan terhadap benteng lawan tanpa membuka ruang di kawasan tengah bagi mereka bergerak.
"Taktikal itu penting bagi memastikan pemain kami sentiasa memberi reaksi positif untuk mengimbangi permainan bagi memastikan tidak berlaku kekerapan hilang bola.






