Kerajaan meluaskan perlindungan bil elektrik berkuat kuasa 1 Sept hingga 31 Dis ini bagi meminimumkan impak krisis.KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang memperincikan struktur tarif elektrik baharu berasaskan kadar penggunaan menjelang tahun depan bagi memastikan pelarasan caj lebih adil kepada pengguna domestik berbanding sektor industri berimpak tinggi.
Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof, berkata pendekatan itu bertujuan memisahkan kadar tarif domestik dan industri, terutama bagi premis yang menggunakan tenaga elektrik dalam kuantiti besar seperti pusat data.
"Ini bagi memastikan ia lebih adil dan saksama kepada pengguna, terutamanya untuk melindungi golongan pengguna domestik,” katanya di Dewan Rakyat.







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2022%2F09%2F85df72b92acd986c3dba81677c9e7270.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)