Kuala Lumpur: Dunia kandungan terus berubah seiring perkembangan teknologi dan cara masyarakat mendapatkan maklumat, sekali gus mendorong jenama mencari pendekatan baharu untuk kekal relevan.

Perubahan itu bakal diketengahkan menerusi Exploding Content 2026 yang kembali dari 20 hingga 22 Oktober ini dengan konsep REVchella, berinspirasikan festival yang menggabungkan idea, teknologi dan pengalaman bagi meneroka masa depan kandungan di Malaysia.

Dianjurkan REV Media Group, acara itu memberi tumpuan kepada empat tema utama iaitu penemuan maklumat, budaya, capaian kandungan dan pengalaman, selari dengan perubahan cara masyarakat mencari maklumat, mengikuti perkembangan semasa dan berinteraksi dengan kandungan.