KUALA LUMPUR: Acara kemuncak landskap digital tanah air, Exploding Content 2026 kembali menemui industri bermula 20 hingga 22 Oktober ini dengan membawakan nafas baharu menerusi konsep berinspirasikan festival dikenali sebagai REVchella.

Dianjurkan oleh penerbit digital nombor satu negara, REV Media Group, edisi tahun ini mengajak profesional industri, jenama dan pencipta kandungan meneroka REV Universe menerusi empat teras utama iaitu penemuan maklumat, hubungan budaya, capaian merentasi platform, serta pengalaman baharu bersama audiens.

Ketua Pegawai Eksekutif REV Media Group, Samuel Wee, berkata masa depan kandungan bukan sekadar mengenai platform atau format baharu semata-mata, sebaliknya merangkumi cara audiens berinteraksi dan mencari maklumat dalam era moden.