Seramai 62 Adun mengundi menyokong penggantungan Chong Chieng Jen bagi baki sesi sidang DUN Sarawak semasa. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Adun Padungan, Chong Chieng Jen digantung daripada menghadiri baki sesi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas usul mendakwa ketua DAP negeri itu mengelirukan DUN berhubung dokumen Belanjawan Sarawak 2027 serta bertindak tidak wajar semasa perbahasan diluluskan hari ini.

Dayak Daily melaporkan usul itu dibentangkan Menteri Pengangkutan negeri merangkap Adun Senadin, Lee Kim Shin yang disokong Menteri di Jabatan Premier merangkap Adun Kakus, John Sikie Tayai.

Seramai 62 Adun mengundi menyokong usul itu, satu undi menentang dan seorang lagi berkecuali.

Usul itu mendakwa Chong sengaja mengelirukan DUN pada 13 Okt lalu dan bertindak tidak wajar ketika perbahasan belanjawan keesokannya, termasuk berulang kali membuat dakwaan tidak dapat dibuktikannya.