Terdahulu Kementerian Pengangkutan mengesahkan Zetrix AI yang sebelum ini dikenali sebagai MyEG Services Bhd berhutang lebih RM200 juta kepada JPJ,

PETALING JAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menggantung perkhidmatan MyEG Sdn Bhd dan Zetrix AI Bhd sebagai ejen pemungutnya berkuat kuasa 5 Okt.

Ketua Pengarah JPJ Aedy Fadly Ramli berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pematuhan terhadap terma dan syarat perjanjian serta kedudukan obligasi yang masih belum dipenuhi atau diselesaikan syarikat itu.

“Selaras keputusan itu, semua perkhidmatan JPJ yang sebelum ini ditawarkan melalui saluran Kumpulan MYEG akan turut digantung mulai 5 Okt 2026,” katanya, menurut kenyataan.

“JPJ memberi jaminan urusan dan penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai akan terus berjalan seperti biasa melalui saluran rasmi dan alternatif yang disediakan."