Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) cadang peruntukan khas untuk latih guru kenal pasti tanda awal tekanan emosi dan potensi keganasan dalam kalangan murid.KUALA LUMPUR: Isu pendidikan melibatkan aspek disiplin dan keselamatan pelajar, kualiti pengajaran serta pemerkasaan pendidikan kemahiran menjadi tumpuan pada penghujung minggu pertama sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2027 peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini.
Lim Guan Eng (PH-Bagan) dalam perbahasannya mencadangkan supaya penggunaan rotan di sekolah kembali diperluas sebagai antara langkah menangani masalah disiplin dan buli, selain disertai pemeriksaan psikologi secara berkala terhadap guru yang ditugaskan melaksanakan hukuman itu.








