Petaling Jaya: Tingkah laku stereotaip secara berulang yang ditunjukkan tiga gajah Malaysia iaitu Dara, Amoi dan Kelat adalah petanda jelas berlakunya tekanan perasaan yang amat berat.
Sehubungan itu, haiwan berkenaan yang kini berada di Zoo Tennoji, Osaka, Jepun perlu segera dibawa pulang oleh kerajaan berikutan keadaannya menjurus kepada gangguan mental dan tekanan perasaan.
Aktivis Pertubuhan Konservasi Alam Malaysia, Dr Siti Rabiah Raws berkata, ketiga-tiga gajah itu dikesan menunjukkan tingkah laku berulang seperti menggeleng atau mengayunkan kepala secara berlebihan.
Beliau berkata, selain itu, keadaan Kelat iaitu gajah jantan juga berada dalam keadaan tidak baik apabila didakwa mengalami kekerapan episod musth (fasa peningkatan hormon pembiakan) yang dianggap sebagai tidak lazim.






