Ottawa: Perdana Menteri Kanada Mark Carney mengesahkan empat orang maut manakala puluhan yang lain cedera dalam kebakaran besar yang berlaku pada Sabtu di sebuah pangkalan tentera di wilayah Alberta, barat Kanada, lapor Xinhua.

Ketika memberikan perkembangan terkini berkenaan kejadian itu di Ottawa, Carney berkata waris terdekat empat anggota tentera yang terkorban sudah dimaklumkan.

"Petang semalam, api marak merebak dengan pantas di kawasan pangkalan Angkatan Tentera Kanada di Wainwright," kata Carney pada Ahad.

"Apa yang berlaku selepas itu antara tragedi terburuk menimpa angkatan tentera di bumi Kanada ketika negara berada dalam keadaan aman."