KUALA LUMPUR: Hukuman rotan di sekolah tidak pernah dimansuhkan dan masih dibenarkan terhadap murid lelaki bagi kesalahan tertentu, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek.

Beliau berkata, pelaksanaan hukuman itu bagaimanapun tertakluk kepada tatacara ditetapkan dan hanya boleh dilaksanakan oleh guru besar, pengetua atau guru yang diberikan kuasa secara nyata oleh pihak berkenaan.

"Satu lagi perkara yang berulang kali dibangkitkan supaya hukuman rotan dikembalikan.

"Jadi saya mahu jelaskan, hukuman rotan di sekolah tidak pernah dimansuhkan.

"(Namun) Hukuman tidak boleh dilakukan sesuka hati, tidak boleh dilakukan kerana marah dan tidak boleh sehingga mendatangkan kecederaan.