am@hmetro.com.my

Kulai: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang juga Orang Bebas Berlesen (OBB) selepas dia dipercayai meninggalkan daerah parol Johor Bahru tanpa kebenaran sejak 15 September lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan lelaki berkenaan pada 17 September lalu.

"Lelaki terbabit dikenali sebagai Hari Raj a/l Suresh, 30, dengan alamat terakhir di Jalan Desa 2, Taman Desa Kulai.

"Dia mempunyai berat kira-kira 60 kilogram, muka bulat, hidung kemek, rambut botak dan berkulit hitam manis," katanya dalam satu kenyataan hari ini.