Aktivis Arun Dorasamy didakwa mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.NIBONG TEBAL: Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi dikemukakan aktivis Arun Dorasamy berhubung pertuduhan membuat kenyataan yang boleh mendatangkan kegentaran awam menerusi media sosial, tahun lepas.
Timbalan Pendakwa Raya, Airina Syazreen Zainurin memaklumkan perkara itu kepada Majistret Balqis Roslin pada prosiding di Mahkamah Majistret Jawi hari ini.
Susulan itu, mahkamah menetapkan perbicaraan bermula pada 1 Feb 2027 dengan pihak pendakwaan memaklumkan akan memanggil tujuh saksi untuk memberikan keterangan.






%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FChongZheminddssds_813354.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
