KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mahu skuad bawah 17 (B-17) lelaki negara membuktikan kemampuan sebenar apabila turun beraksi pada kempen Kelayakan Piala Asia B-17 dari 8 hingga 20 November ini di Selayang, bulan depan.

Gesaan itu diluahkan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ab Ghani Hassan yang percaya skuad muda negara itu memiliki potensi besar untuk melakar kejayaan, sekali gus meneruskan perkembangan positif bola sepak remaja negara selepas beberapa pencapaian membanggakan di peringkat ASEAN.

Menurutnya, persembahan berkualiti perlu menjadi keutamaan pemain kerana beliau yakin permainan yang baik mampu membuka laluan kepada keputusan positif dalam kejohanan berkenaan.