Firdaus Wong menyaman Lim Guan Eng berhubung kenyataan didakwa memfitnahnya dalam satu video yang dimuat naik di Facebook pada 24 Jun.GEORGE TOWN: Pendakwah Firdaus Wong memfailkan saman fitnah terhadap bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, di Mahkamah Tinggi berhubung dakwaan bahawa beliau seorang pelampau.
Dalam samannya, Wong mendakwa Lim membuat kenyataan berunsur fitnah terhadapnya menerusi satu video yang dimuat naik di Facebook pada 24 Jun.
Wong mendakwa kenyataan Lim dalam bahasa Mandarin itu menggambarkannya sebagai seorang 'pelampau agama yang tidak bertoleransi' dan sanggup mengeksploitasi isu agama untuk menyekat hak serta kebebasan masyarakat bukan Islam.
Beliau turut mendakwa kenyataan berkenaan menyebabkan dirinya dipandang hina dalam kalangan masyarakat bukan Islam.







