PUTRAJAYA: Penetapan kadar gaji minimum sebanyak RM2,000 sebulan yang berkuat kuasa mulai Jun 2027 dibuat selepas penelitian teliti dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk kesan terhadap inflasi dan harga barang, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan.

Beliau berkata, cadangan itu diteliti oleh Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) yang dipengerusikan oleh Tan Sri Zainal Rahim Seman sebelum dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk pertimbangan dan keputusan.

Ramanan berkata, kerajaan mengambil pendekatan berhati-hati bagi memastikan kenaikan gaji minimum itu bersesuaian dengan keupayaan ekonomi dan tidak membebankan industri, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).