Kota Bharu: Ketua Jurulatih Kelantan Red Warrior (KRW), Irfan Bakti Abu Salim mempertahankan anak buahnya susulan kekalahan ke atas Star City FC 2-5 dalam aksi Liga Super, malam tadi.
Irfan berkata, dia mengakui punca kekalahan berturut-turut enam perlawanan atas faktor perbezaan fizikal pemain dengan lawan selain banyak dibolosi gol udara (aerial ball).
Katanya, ini berikutan pasukan hanya bertahan dengan dua import dan pemain tempatan sedia ada yang berfizikal jauh lebih rendah berbanding import pasukan lawan.
"Kalau dilihat pemain tengah saya, Faiz,Amul dan Muhaimin, ketinggian mereka tu tak setanding dengan pemain-pemain lawan.









