TQ WULING memperkenalkan Porta EV, van komersial elektrik sepenuhnya yang menawarkan jarak perjalanan sehingga 400 kilometer (km) berdasarkan standard CLTC.
Model itu ditawarkan dalam dua varian iaitu 300km pada harga RM99,800 dan 400km pada RM105,800, tidak termasuk insurans.
Porta EV menyasarkan pengusaha perniagaan yang mahu mengurangkan kos operasi, khususnya dalam sektor penghantaran barangan dan logistik.
Van itu menawarkan ruang kargo berkapasiti 6.5 meter padu dengan muatan maksimum 1,105 kilogram (kg) bagi memenuhi keperluan pengangkutan komersial.






