JAGUH muay thai negara, Johan Ghazali Zulfikar menutup mulut pengkritik yang memperlekeh keupayaannya apabila bangkit menebus kekalahan dengan menundukkan bintang Colombia, Diego Paez menerusi keputusan sebulat suara pada aksi ulangan pada The Inner Circle 35, malam kelmarin.

Johan yang lebih dikenali sebagai Jojo berkata, kritikan yang diterimanya ketika berada dalam keadaan sukar dan lebih mengecewakan apabila sebahagian tomahan yang dilemparkan kepadanya datang daripada masyarakat sendiri.

“Selepas pertarungan pertama dengan Diego, saya menerima begitu banyak kecaman. Orang ramai begitu cepat menjatuhkan saya ketika saya sedang berada di bawah dan menyakiti saya ketika saya sendiri sedang terluka.