KUALA LUMPUR: Spekulasi hubungan cinta Datuk Fazley Yaakob dan usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV), terus mencuri perhatian apabila kedua-duanya dikatakan bakal disatukan sebagai suami isteri.

Namun, Fazley yang juga penyanyi dan cef selebriti, tampil menjelaskan bahawa mereka belum berkahwin, malah belum mengikat tali pertunangan.

Fazley, 48, atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Yaakob, berkata hasrat untuk mendirikan rumah tangga sememangnya ada, namun mereka perlu melalui beberapa proses terlebih dahulu sebelum hubungan itu dimeterai secara sah.

"Alhamdulillah, saya suka apabila ada kata-kata manis dan doa yang positif. Setiap kata-kata itu adalah satu doa. Jadi, kalau dikatakan kami sudah berkahwin, jawapannya belum. Bertunang pun belum.