PETALING JAYA – Caruman sekitar RM15 hingga RM40 sebulan menerusi Lindung 24 Jam mampu menjadi talian hayat apabila kemalangan tidak diduga menyebabkan pekerja kehilangan pendapatan.
Jurutera sokongan teknologi maklumat, Putra Zainudin berkata, caruman kira-kira RM40 sebulan yang dibayarnya sebelum ini terbukti berbaloi selepas kemalangan pada Julai lalu menyebabkan dia menerima cuti sakit selama 76 hari dan tidak dapat bekerja seperti biasa.
Kemalangan berlaku kira-kira pukul 4 pagi, 11 Julai lalu ketika Putra, 38, dalam perjalanan pulang selepas selesai menonton perlawanan bola sepak di sebuah restoran sekitar Damansara.
“Malam itu jalan lengang, tak perasan ada bonggol dan jalan berpasir dan kemudian motosikal saya hilang kawalan dan saya terus terjatuh.









