Kota Bharu: Aktivis masyarakat, Abbe Hae menegaskan beliau tidak akan berhenti sebaliknya terus melaporkan maklumat berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan etnik Rohingya di negeri ini selepas apa yang berlaku terhadap dirinya dan kumpulannya.

Abbe Hae atau nama sebenarnya Mohd Azhan Mohd Adnan yang juga pengasas Pertubuhan Jejak Jalanan berkata, sebagai rakyat Malaysia dan penduduk di negeri ini, dia terpanggil untuk berbuat demikian.

"Saya tidak melakukan kerja polis atau mendahului polis, sebaliknya saya hanya menjalankan tugas sebagai badan bukan kerajaan (NGO) iaitu melakukan pemantauan dan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Apa yang boleh saya katakan, saya tidak lemah semangat dengan apa yang berlaku walaupun terpaksa bermalam di lokap kerana saya mendapat banyak maklumat daripada masyarakat.