KUALA LUMPUR: Tambang bagi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan bermula daripada RM125 untuk perkhidmatan transit Kelas Ekonomi bagi perjalanan di antara Gombak dan Kota Bharu, menjelang permulaan operasi komersial landasan kereta api itu yang dijadualkan pertengahan Disember ini.
Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dalam kenyataannya, memaklumkan bahawa kerajaan meluluskan cadangan struktur tambang itu pada 16 Oktober lalu berdasarkan mekanisme penetapan harga dinamik.
Bagi laluan Gombak-Kota Bharu sepanjang 523 kilometer, tambang Ekspres akan bermula daripada RM147, manakala tambang Transit bagi perjalanan dari Gombak ke Kuala Terengganu dan KotaSAS masing-masing bermula daripada RM95 dan RM60.
Sementara itu, tambang Ekspres bagi laluan Gombak-Kuala Terengganu dan Gombak-KotaSAS masing-masing akan bermula daripada RM110 dan RM68.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F435435232344_181809.png&w=480&output=webp&q=85&we)
