GOMBAK: Kerajaan meluluskan cadangan pelaksanaan tambang perkhidmatan penumpang Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dengan kadar kelas Ekonomi bagi perjalanan Transit dari Gombak ke Kota Bharu bermula serendah RM125 sehala.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, tambang kelas Ekonomi bagi perkhidmatan Ekspres untuk perjalanan sama sejauh 523 kilometer pula bermula serendah RM147 sehala.
“Bagi perjalanan Gombak ke Kuala Terengganu sejauh 378 kilometer, kadar tambang perkhidmatan Transit bermula RM95 manakala tambang bagi perkhidmatan Ekspres untuk perjalanan sama bermula RM110.
“Sementara itu, perjalanan Gombak ke KotaSAS sejauh 209 kilometer ditawarkan pada kadar permulaan RM60 bagi Transit dan RM68 bagi Ekspres. Kadar tambang permulaan yang sama








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F435435232344_181809.png&w=480&output=webp&q=85&we)