KUALA LUMPUR: Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia menyusut pada awal dagangan Isnin, menjejaki penurunan di Wall Street pada Jumaat lalu di tengah-tengah aktiviti penjualan saham berkaitan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) secara besar-besaran.
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 8.42 mata atau 0.52 peratus kepada 1,599.34 berbanding 1,607.76 semasa ditutup pada Jumaat.
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 423 berbanding 103 manakala 270 kaunter tidak berubah, 2,048 tidak diniagakan dan 34 yang lain digantung dagangan.
Jumlah dagangan sebanyak 247.52 juta unit bernilai RM165.34 juta.









