REUTERS

Paris: Victoria Beckham memperagakan rekaan gaun anggun, seluar berpotongan longgar dan beg tangan bersaiz besar dalam pertunjukan rekaan musim bunga/panas 2027 beliau pada Minggu Fesyen Paris di sini, pada Jumaat.

Model memperagakan sut bersaiz besar dalam rona hijau dan biru dengan bahu yang lebar, dipadankan bersama seluar berpotongan fabrik beralun melepasi tumit.

Jaket 'parka' pendek yang dikemaskan pada bahagian pinggang dipadankan di luar gaun lut sinar berbelah tepi dengan perincian pom-pom pada hujung gaun. Beg tangan gergasi pula dibawa bersama.

Perniagaan fesyen dan kecantikan Beckham mencatatkan keuntungan kendalian sebanyak £7.3 juta (RM43.1 juta) [$9.66 juta (RM43.5 juta)] pada 2025, sekali gus meraih keuntungan buat kali pertama sejak ditubuhkan pada 2008.