Saint-Denis, Perancis: Michael Olise sekali lagi meledak menerusi jaringan cantik, namun Perancis gagal mencatat kemenangan ke atas Itali selepas diikat 1-1 awal pagi tadi dalam aksi pertama Zinedine Zidane di laman sendiri selepas dilantik sebagai jurulatih Les Bleus.

Empat hari selepas masuk sebagai pemain gantian untuk menghasilkan jaringan solo menakjubkan ketika membantu Perancis menewaskan Belgium 1-0, bintang Bayern Munich itu sekali lagi mempamerkan bakat luar biasa apabila melepaskan rembatan yang menerjah palang sebelum masuk ke gawang menerusi sepakan percuma pada awal babak kedua.

Bagaimanapun, pertahanan Inter Milan, Alessandro Bastoni, menyamakan kedudukan pada pertengahan babak kedua sekali gus menghalang Zidane daripada mencatat tiga kemenangan daripada tiga perlawanan pertamanya mengendalikan Perancis.