affan.rostam@bh.com.my

RATU Rock, Ella Aminuddin menyifatkan Anugerah Sri Wirama yang diterima pada Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-25 sebagai penghargaan cukup bermakna selepas lebih empat dekad berjuang dalam industri muzik tanah air.

Penganugerahan istimewa itu diberikan sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan, perjuangan serta pencapaian cemerlang penyanyi berusia 60 tahun itu dalam industri seni sepanjang perjalanan kariernya.

Menganggap dirinya hanya 'insan kecil' dalam 'belantara' seni, Ella atau nama sebenar, Nor Zila Aminuddin tidak menyangka perjalanan panjang dalam berkarya dan menghibur peminat, akhirnya menerima pengiktirafan.

"Saya terharu dan bersyukur. Sebagai insan yang kecil, apabila menerima anugerah ini, sudah tentu saya berterima kasih kerana karya dan muzik saya diterima di hati peminat-peminat, Alhamdulillah.