am@hmetro.com.my

DIAM tak diam, tahun ini genap sedekad pembabitan penyanyi, Sufian Suhaimi dalam industri muzik tanah air.

Justeru, Sufian atau nama sebenarnya, Muhammad Sufian Mohd Suhaimi, 34, percaya sudah tiba masanya tampil dengan bingkisan album sulung khusus buat kepuasan diri dan peminat.

"Sebenarnya, tahun ini genap 10 tahun pembabitan saya dalam industri muzik. Sejak single Terakhir dilancarkan pada 2016 sehingga 2026, saya tak pernah ada album penuh.

"Maka album penuh ini untuk menunjukkan saya serius dalam bidang muzik atau lebih kepada buah tangan sempena genap satu dekad dalam industri muzik.