Kaherah: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menggantung ketua jurulatih Mesir, Hossam Hassan selama tiga perlawanan, manakala penyerang Mostafa Zico dikenakan penggantungan lima aksi susulan kritikan terhadap pengadil selepas kekalahan 2-3 kepada Argentina pada Piala Dunia 2026.

Persatuan Bolasepak Mesir (EFA) dalam kenyataan memaklumkan, Hossam, 60, dikenakan tindakan selepas menyalahkan kesilapan pengadilan sebagai punca pasukannya tersingkir pada pusingan 16 terakhir.

Zico pula digantung selepas didakwa menghina pengadil dalam temu bual selepas perlawanan.

Turut dikenakan penggantungan tiga perlawanan ialah pengarah pasukan kebangsaan Mesir yang juga saudara kembar Hossam, Ibrahim Hassan.